Perbezaan Windows 7 Ultimate, Professional dan Home

17 Julai 2011

Windows 7 adalah versi terbaru sistem operasi dari Microsoft selepas Windows Vista. Ciri-ciri terbaru ditambah pada Windows 7 menjadikan ia lebih praktikal dan menarik. Paling ketara adalah grafik yang mesra pengguna. Mudah dan lebih ceria.

Terdapat 3 kategori Windows 7 yang dihasilkan. Setiap kategori mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu:

1. Windows 7 Ultimate – mempunyai semua applikasi, program lengkap sebagai satu sistem operasi Windows 7. Harga paling mahal kerana spesifikasi tinggi. Selalunya dijual kepada syarikat besar dalam lesen Enterprise dan juga kepada advanced user.

- AppLocker
- BitLocker Drive Encryption
- BranchCache Distributed Cache
- DirectAccess
- Multilingual User Interface Pack
- Virtual Hard Disk Booting

2. Windows 7 Professional – Mempunyai sebahagian applikasi penting. Kategori sederhana. Harga sederhana. Target pasaran untuk kegunaan syarikat.

- Windows Server Domain
- Remote Desktop Server
- Location aware printing
- Encryption
- Presentation

3. Windows 7 Home Premium – Mempunyai spesifikasi asas untuk menjalan sistem operasi Windows 7. Harga paling murah. Target pengguna biasa dan harian.

-Full Windows Aero
- Home Group (create and join)
- Multi-Touch
- Premium Games
- Media Center

Diagram di bawah menerangkan lebih terperinci perbandingan ketiga-tiga kategori Windows 7

0 comments: