Mengenal Hard Disk

17 Julai 2011

Salam sejahtera semua,

Apa kabar korang semua hari ni?Harap-harap sihat la no.Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat tak pun jumpa doktor ke (cam doktor la pulak ye saya ni icon_smile.gif).Ok lah, tak nak mengarut lebih-lebih.Let’s read.

Kali ni mood saya nak berkongsi maklumat tentang hard disk pulak.Atau dalam Bahasa Melayu di panggilcakera keras.Kepada pengguna komputer sudah semestinya kita sedia maklum dan pernah lihat camna rupanya hard disk tu.Kalau tak tahu atau tak pernah lihat,bukak chasing komputer.Tengok-tengok k.Macam-macam jenis hard disk yang ada di pasaran hari ini.Contohnya external hard disk yang boleh di bawa ke mana-mana dan hard disk yang duk melekat kat komputer kita tu.

Hard Disk boleh menyimpan lebih data berbanding floppy disk.Simpanan data bagi floppy disk adalah 1.4 Mb tetapi hard disk boleh menimpan 10 -1000 Gb!.Besar tu!.Simpanan data bagi hard disk adalahtetap.Jika anda save sesuatu fail dalam komputer,contohnya Microsoft Word fail tersebut akan disimpan dalam hard disk anda.

Mengikut sumber dari wikipedia.org,terdapat lebih kurang 200 pengeluar hard disk di dunia.Ke semua pengeluar hard disk ini akan bersaing sesama sendiri mengeluarkan hard disk yang mempunyai tahap kelajuan tinggi,pemprosesan data yang cekap dan saiz yang optimum untuk memudahkan pengguna komputer.Antara pengeluar hard yang disenaikan adalah:

  1. Seagate
  2. Western Digital
  3. Samsung
  4. Toshiba
  5. Fujitsu
  6. Hitachi
  7. ExcelStor

Kebanyakkan IDE hard disk berputar pada kadar 5,400, 7,200, or 10,000 RPM dan 15,000 RPM.

Di bawah ini saya sertakan gambaran hard disk

hdinards.gif

Gambaran Hard Disk (sumber oleh DUX Computer Digest)

Video Hard Disk Berfungsi

Untuk menjaga hard disk anda daripada kerosakan atau ‘gangguan’ sepert fail yang corrupt ataupun rosak akibat virus atau worm anda perlulah melakukan proses defragment dan scandisk.Pastikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali anda scan hard disk anda untuk membuang semua virus,worm atau spyware yang telah ‘menjangkiti’ hard disk dan komputer anda.

Jika tidak anda perlu memformat kembali hard disk anda dan cadangan saya anda mendapatkan panduan memformat komputer/hard disk anda di sini jika anda tidak tahu cara memformat komputer.Mudah dan tersusun.

0 comments: