Selain sambungan internet menggunakan Local Area Connection (LAN), alternative lain yang lebih mudah adalah menggunakan Wireless Network Connection. Perbezaan utama antara dua model ini adalah jenis sambungannya. LAN menggunakan kabel rangkaian secara fizikal tetapi Wireless menggunakan sambungan tanpa wayar.
Dari segi capaian kelajuan internet, LAN lebih stabil berbanding Wireless. Tetapi dari segi mudah alih dan senang di bawa ke mana-mana, wireless lebih mendapat pilihan.
Masalah Wireless Tiada Sambungan Internet
Jika mempunyai Wireless Router di rumah, sudah tentu kita mahu menggunakan sambungan wireless. Namun, ada ketika ia mendatangkan masalah. Paling utama adalah tiada sambungan.
Ada dua sebab utama:
- Wireless connection pada notebook atau PC tidak diaktifkan. Sesetengah notebook baru didatangkan dengan button touch pad untuk aktifkan wireless. Ada juga seperti suis tetapi tujuannya adalah sama, untuk aktifkan fungsi wireless pada notebook. Cuma tekan atau suis on sahaja kemudian icon wireless akan terpapar pada toolbar.
- Wireless Network Adapater dalam keadaan disable. Jika anda pengguna Windows XP, cara untuk aktifkan (enable) Wireless Network Adapter adalah:
- Klik pada Start kemudian klik kanan pada My Computer.
- Kemudian klik pada Properties -> Hardware ->Device Manager. Sistem akan paparkan senarai hardware yang terdapat pada notebook/komputer anda.
- Cari Network Adapters kemudian klik pada icon +
- Untuk mengetahui Wireless Network Adapater yang anda gunakan, cuba cari senarai adapters yang mempunyai nama ‘Wireless’, contohnya Intel(R) Pro/Wireless 2200BG Network Connection.
- Jika terdapat tanda pangkah merah pada nama adapter tersebut, bermaksud wireless adapter anda dalam keadaan disable. Anda perlu enable semula.
Caranya, klik kanan pada nama Wireless tersebut dan pilih enable. Kemudian cuba semula sambungan wireless anda.
Anda pernah mengalami masalah sambungan wireless?
0 comments:
Catat Ulasan