Jangan Ambil Ringan

03 Februari 2013

Masalah Yang Paling Ditakuti oleh Pemilik Laptop



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Seperti yang anda sedia maklum, penggunaan laptop atau netbook telah menjadi suatu keperluan pada masa kini. tapi adakah anda tahu apakah masalah yang paling ditakuti oleh para pemilik laptop ni. Masalah yang paling ditakuti oleh pemilik laptop ini adalah masalah overheating ( kepanasan ) pada mainboard. Masalah overheating ini berpunca daripada kegagalan sistem penyejukan pada mainboard tersebut iaitu CPU Fan rosak atau tidak diselenggarakan dengan baik atau tidak pernah diselenggarakan. Cara nak atasi masalah ni adalah dengan menggunakan cooling pad atau menjalankan selenggara secara berkala iaitu dengan membersihkan cpu fan sebulan sekali. Jangan angggap perkara ni tak penting atau tak perlu. kaedah paling efektif adalah dengan membersihkan cpu fan. Jika anda boleh buat sendiri itu adalah bonus untuk anda dan kalau tak tahu boleh hantar ke kedai servis komputer. Penggunaan cooling juga tak kurang pentingnya. ia mampu membantu menyejukkan suhu laptop. Jika belum berkemampuan untuk beli cooling pad tu saya ada cara nak kongsi dengan anda. Memang sangat senang, boleh gunakan penutup air mineral. ambil 4 penutup tersebut dan letakkan di setiap penjuru laptop anda. Tujuan letakkan penutup adalah memberi pengudaran yang baik untuk cpu fan tersebut memberikan angin yang mencukupi. konsep ni sama macam kipas yg ada kat rumah kita tu. tapi cara ini hanyalah untuk sementara sahaja sementara nak dapatkan cooling pad tu. 

Biar ada ruang udara sikit kat bawah laptop kita tu


selamat mencuba!! :-)

Repair Motherboard Laptop

Pengenalan


Dalam sesebuah laptop, motherboard merupakan sebuah komponen yang paling mahal untuk ditukar,
Biasanya harga sesebuah motherboard berdasarkan model adalah antara RM600 ke RM1000
Itu adalah harga motherboard baru, bila fikir balik, baik beli sebuah laptop baru!
Dan kami nasihatkan di sini jangan sesekali membeli motherboard yang refurbished atau 2nd hand kerana 
masalah pasti akan datang lagi
Macam mana nak tahu rosak motherboard?


Habuk banyak begini camna angin nak keluar?


Kipas kotor menyebabkan kepanasan dan akhirnya motherboard rosak!



Biasanya sesebuah motherboard rosak selain dari kerana tertumpah air, sebab yang selalu terjadi adalah kerana overheat, sistem penyejukan motherboard tidak efisien lalu 
melingkupkan motherboard. ( Bayangkan Enjin yang radiatornya takda air, kan lingkup kereta tu kalau terus
 pakai je), So kalau dah dapat masalah camni, baik terus hantar servis kat kedai komputer terdekat anda
 untuk bersihkan kipas anda yang berhabuk



Apa yang biasanya rosak kat motherboard tu


Biasanya motherboard yang rosak ini adalah kerana chipsetnya. Apakah chipset? 
Chipset ini adalah umpama 
jantung sesebuah laptop/ komputer. Ada cara yang mudah untuk membaiki chipset 
ini seperti 'solder balik' atau 'reheat' chipset yang rosak tersebut. Cara ini memang berkesan tetapi haruslah 
diingat motherboard anda pasti akan rosak kembali! Ini saya jamin! 
Kerana secara tak langsung, membaiki sebegini umpama buat pembedahan 'bypass' kat jantung!

Masih Baru

28 Januari 2013
http://imranrazienterprise.blogspot.com/ follow this link......