1. Ayaq = Air
2. Kasuit = Kasut/Selipar
3. Gerek = Basikal (err kat singapore gerek ada makna lain)
4. Tok = Nenek
5. Wan = Atok
6. Chaq = Atok
7. Depa = Mereka (dia orang)
8. Kapo = Korang
9. Mereka = Buat cerita
10. Hang = Kamu / Awak
11. Hangpa = Kamu semua / Awak semua
12. Mak Penakan = Emak Saudara
13. Pak Penakan = Bapa Saudara
14. Anak Penakan = Anak Saudara
Cucu cicit tok wan penakan tu boleh digunakan sebab disini
perkataan PENAKAN di umpakan sebagai SAUDARA. Tapi dilarang
keras dari menggunakan perkataan JIRAN PENAKAN atau
KUCING PENAKAN dsb.
15. Moi = Bubur Nasi
16. Buboq = Bubur
17. Kola = Kuala
18. Keleboq = Lumpur
Bagi orang Kuala Lumpur yang nak belajar bahasa Perlis,
jangan pulak di translate kan perkataan KUALA LUMPUR tu
sebagai KOLA KELEBOQ.. hahahah
19. Pungkoq = Punggung
20. Merenyeh = Cakap banyak
21. Gatai = Gedik
22. Hemoi = lebih kurang cakap banyak laa tapi mende baik
23. Keluaq = Keluar
24. Ajaq = Ajar
25. Achaq = Limbahan
26. Acaq = Acar (acar buah, rebung etc)
27. Rimbuk = Tumbuk / Kilas
28. Lintaq = Kilat
29. Reban = Roboh
30. Lau = Reban Ayam/itik
31. Gelema = Kahak
32. Cerendek = Lebih kurang dengki laa tapi dalam diam
33. Lepoit = Lembek
34. Cungit = Jongkit
35. Cungang-cungit = Jongkang-Jongkit
36. Darai = Pondan / Maknyah dan seangkatan dengannya
37. Gelemat = Pekat
38. Kelam = Gelap
Kalau KELAM GELEMAT tu maknanya GELAP PEKAT la
39. Merelit = Berkilat
40. Merelau = Bersinar
41. Ulu = Arah Hulu
42. Hiliaq = Arah Hilir
43. Menyatuh = Arah Matahari Jatuh
44. Mentenait = Arah Matahari naik
45. Kelepiat = Menepis
46. Liplap = Berkelip-kelip
47. Damuih = Kotor
48. Kincit = Cirit
49. Ayaq Menek = Air Lemenate Sasparica
(err ade lagi ke ayaq ni) atau sebarang air botol
50. Mentara = Chief tukang masak masa kenduri
Fyi, Kumpula Rock MANTERA tu bukan di anggotai oleh
Chief tukang masak masa kenduri
51. Sawa = Ciku
52. Ulaq = Ular
Buah Sawa tu maknanya Buah Ciku la tapi jangan di
campurkan ULAQ SAWA tu sebagai ULAR CIKU hahaha
53. Gerengau = Cakar
54. Randuk = Harung
55. Jahama = Muqaddam
56. Majai = Meyampah
57. Meghela = Lebih kurang gedik jugak la
58. **** = Kemaluan perempuan (heheh kene hide mende ni)
59. **** = Kemaluan lelaki (ni pun sama)
60. Mergheli = Dah biasa
61. Kukoq = Parut
62. Nyoq = Kelapa
Kalo orang suruh pi KUKUQ NYOK, maknanya dia suruh gi
Parut Kelapa la.
63. Awat = Kenapa
64. Sat = Kejap
65. Pekan = Bandar / Kangar
Kalo dengar orang perlis cakap nak pi PEKAN sat, maknanya dia nak gi ke bandar laa bukan nak gi Pekan Pahang.
66. Maaloh = Mualaf
67. Ketegaq = Degil
68. Tertomoih = Tersungkur
69. Kerkoh = Gigit
70. Mentahkedarah = Makan sampai tak ingat dunia
71. Hora = Joli katak
72. Wang Wing = Kesana sini takde arah tujuan
73. Taa hun = Soo Hun
74. Ta huu = Tauhu
75. Toyu = Kicap
76. Gagah = Tak Putus Asa
77. Kupang = Puluh Sen
78. Duit = Wang / Sen
Kalo orang perlis cakap TIGA KUPANG LIMA DUIT tu
maknanya Tiga Puluh Lima Sen la
79. Hayai = Rasa yg manis kearah kelat
80. Segan = Malu
81. Malaih = Segan
82. Kebuloq = Lapar
83. Deryan = Durian
84. Buah Rambuit = Rambutan
85. Serun = Seram sejuk
86. Meron = bakar
kalo membakar sampah cuma perlu sebut memeron, tak yah
laa sebut memeron sampah kang percuma jek kene gelak.
87. Pelat/Pelaq = Berpaling tadah, berubah fikiran dengan cepat
Contohnya "Hang jangan dok buat pelat" maknanya "Hang
jangan nak ubah fikiran atau jangan berpaling tadah"
88. Gerik = Gigit sekali sikit atau di gigit serangga / binatang kecil
Contohnya " Kain tu di gerik lipas" maknanya " kain tu di makan/gigit lipas"
89. Market = Pasar (heheh kelas orang kampung aku cakap omputih)
90. Ghembang = Tengah hari
91. Pelek = Telo / Slang
92. Cakuih = Cuit
93. Carik = Koyak
94. Tutuh = perkataan keras untuk Makan/Pukul
95. Tuntun = Sorong atau pimpin
(sorong utk motosikal/ basikal, pimpin untuk anak adik awek etc) heheh
96. Leypot = tak cergas
97. Senerih = berlanggar sisi
98. Boktan = mengerjakan sesuatu benda (selalu nya kearah nak bagi rosak)
99. kolek = conductor bas atau lori
100. Rentaih = Rosak, Jahanam
101. Pelepoh = kena pukul
102. Dangau = Pondok
103. Lengat = Kukus
104. Seluit = Lumpur yg kene dekat pakaian atau lumpur yg sikit
105. Kernyeh = Sengeh, Senyum lebar
106. Main Kut = Main kutu
107. Biji tujuh = Batu seremban
108. Panking = Kerusi Panjang / Bench
109. Eboit-Eboit = Orang yg gemuk berjalan lenggang lenggok
110. Belengaih = comot
111. Belutin = errr...belengaih di ketin kot...
112. Ketin = betis?
113. sentap ketengkoi = cramp (orang melayu kata apa tah?)
114. honaq = loyar buruk..nakal...macam loqlaq gak tu... jahat tangan
115. Seluloi = selalu
116. Kerap = berulang-ulang kali
117. Ceroi = cair
118. Demah = Bertungku
119. Lagha = sia sia
120. Penat = Letih
contoh : "Tak nak pi laa hari ni, penat." maknanya, Tak mahu pergi hari ni sebab LETIH.
121. Mangkit/Bangkit = Bangun
122. Kebas = Semut-semut
contoh : "Tunggu sat aku takleh mangkit ni, kaki kebas" maknanya, Tunggu sejekap aku tak boleh bangun kaki semut-semut.
123. Kêrek = Kedekut/Belagak
contoh : " hang jangan nak Kêrek kat aku" maknanya, "Kamu jangan kedekut dengan aku"
124. Setboit = Almari
124. Biruu = Almari baju
125. Lenga = Bijan
contoh: "Hang pi kedai beli lenga lima kupang" maksudnya, " Kamu tolong pegi ke kedai belikan bijan lima puluh sen"
126. Meregha = Benda
127. Serengkoi = Setandan/sejambak
128. Gena = macam mana
129. Gitu = Macam tu
130. Pepak = Kunyah
130. Jemerkat = Kelam-kabut / clumsy
131. Celuih = Muat
contoh : "Takyah sumbat la dah tak celuih doh ni" maksudnya, "Jangan masukkan lagi sebab dah tak muat"
132. Cemuih = Benci / Meluat
133. Jerkah = Jerit / Tengking
134. Cekelat = Gula-gula
135. Belanga = Kuali
136. Tuli = Pekak / Kurang pendengaran
137. Selek = Sapu
contoh : "Chek tengah selek cat kat pintu ni" maksudnya, "Saya sedang sapu cat di pintu"
138. Sêpak = Lempang
contoh : "Aku sêpak budak ni sat lagi ha, ketegaq sungguh" maksudnya " Aku lempang budak ni karang, degil sungguh"
139. Buah ulu = Baulu
140. Kuih Goyang = Kuih Loyang / Sarang
141. Mengala = Membajak
142. Tangala = Pembajak
143. Megheka = Buat pasal
144. Teriak = Menangis
145. Chek = Saya / Gantinama manja diri
contoh : "Chek nak pi Pekan sat" maksudnya, "Saya nak ke Bandar / Kangar"
146. Membo = Kawan
147. Keloloh = buat lawak lebih-lebih / gelak lebih-lebih
148. Tikmau = Tak Mahu
149. Celepa = Balang kecil
150. Celapak = Bergegas
151. Kelikpok = Pejam-celik
152. Ceme = Sepet
153. Lengkong = cincau
154. Nira = Manisan
155. cucoq Spera = Karipap inti kelapa
156. Baloq = Birat (bebaloq = berbirat)
157. Bahawa = Teringin
158. Serawa = Bubur manis
159. Sengkak = Kenyang sangat
160. Siau = Mangkuk tingkat
161. Deriyan Benggala = Durian Belanda (Soursoup)
162. Terung Belanda = Terung pipit
163. Timba = Baldi / Gayung
164. Tirai = Langsir
165. Kepoy = Bekas penyukat dibuat dari tempurung
166. Sik = Hisap / Sedut
167. Cebok = Kaut (air)
168. Telaga = Perigi
169. Bagak = Besar
170. Cempera = lari berkeliaran
171. Soq = Sahur
172. Sentoq = Manarik dengan kuat/cepat
173. Bah = Banjir
174. Ban = Batas tali air dekat sawah
175. Gelabah = Nervous / Gentar
176. Hantuk = Laga benda
contoh : " Aku hantuk kepala hang ke dinding " maknanya, " Aku laga kepala kamu ke dinding "
177. Bok kail = Batang pancing
178. Melilau = Merayau
179. Tungging = Terbalikkan
180. Teleng = Senget
181. Bekoit = Parang
182. Bok = Tilam kekabu
183. Kepoh = Reban ayam
184. Lau = Reban ayam
185. Haluih = Kecil
186. Daui = hampas/celaka etc mengambarkan tak puas hati
187. Dokpi = dah pergi
188. Dokmai = dah datang
189. Pi = pergi
190. Mai = Datang / kemari
191. Lagutu = Begitu
192. Laguni = Begini
193. Lagu = Cara / Bagai / Umpama
194. Tengalong = Lontar / Baling
195. Punggai = Lontar / Baling
196. Serlong = Pakai
197. Lengai = Lembab / melambat-lambatkan
198. Lecah = Becak
199. Kampui = Lari laju / gulung tali
200. Kampoh = Tindan
201. Kinja = Lompat
202. Tepung Jawi = tepung Beras
203. La ih = selekeh
204. Lani = sekarang
205. Dok = Tinggal / Tak
206. Dok aih = Tak la
207. Hoktu = Yang itu
208. Hokni = Yang ini
209. Terperluih = perkataan ni untuk kaki yg termasuk dalam lubang
210. Tergeliat = terkehel
211. Kitab = Buku , selalunya orang tua-tua yg cakap mende ni.
212. Rokok Sekerit = rokok selain dari rokok daun (mungkin orang tua-tua nak sebut cigarette tapi terbunyi sekerit)
213. Buboq Sora = Bubur Asyura
214. Keriyau = Menangis dengan bunyi yg kuat
215. Teriyak = Menangis dengan bunyi perlahan (sedu-sedan la ni)
216. Keloi = panggil (alat keloi=pager ambil dari perkataan ni la)
217. kapok = dakap/peluk
218. Kanyiaq = mudah sangat.
219. Sekaya = Seri Kaya yang dimakan bersama roti
220. Marka = Awek / makwe
221. Leweh = senget
222. Tepawe = Semua jenis container plastik di panggil Tepawe (mungkin sebab dulu kat sana famous brand Tupperware ni)
223. Jaras = Bakul
224. Turih = Tapis
225. Semak perut = susah hati
226. Musim Timur = Musim panas
227. Musim barat = musim tengkujuh
228. Pancoq = Paip air / valley gutter kat bumbung rumah.
229. Puntung = batang
contoh:"sepuntung rokok" maknanya "sebatang rokok"
230. Rial = ringgit (selalunya orang-orang lama jer pakai perkataan ni, arwah wan aku selalu sebut)
231. Gulai = Kari
232. Daun karipullai = Daun kari
233. Pesah = Buat
contoh : "apa yang hang dok pesah kat dalam tu?" maknanya, "apa yang kamu sedang buat di dalam tu?"
234. Bang = Azan
235. Semalam = Malam Tadi
236. Kelmarin = Semalam
237. Kelmarin dulu = Kelmarin
238. Kawaq = Pencuri / Perompak / Penyamun
239. Medak = Lebam (untuk ikan saja)
240. Gedong = Hospital
241. Turuih = Bocor
242. Hambat = Halau contoh: Pi hambat lembu masuk kandang. Pergi halau lembu ke dalam kandang.
243. Ligan = Kejar contoh: depa do pi ligan kawark. Meraka sedang mengejar pencuri
244. Rapit = Berkawan baik
245. Hapit,Kapit = Kepil antara dua benda
246. Menaksah = Surau
247. Kepala Bubuih = Botak
Ahli baru..
12 tahun yang lalu
2 comments:
haha ada dua mmaber perlis.
kalau dorg bercakap,
sumpah jadi blur haha
yaka...xpa cuba2 la khatam kamus ni syafiqkarim...hehehe
Catat Ulasan