Bahaya Fake Antivirus Kepada Sistem Komputer

17 Julai 2011

Fake Antivirus adalah satu aplikasi yang serupa dengan antivirus tetapi adalah program tipu atau tiruan. Ianya satu program yang dicipta menyerupai 100% antivirus yang kelihatan boleh scan, mengesan dan membuang virus.

Ia juga dikenali dengan Scareware atau Rogue Security Software.

Fake Antivirus = Trojan

Paling utama, ia bukan antivirus tetapi virus. Tujuan utama memasuki sistem komputer adalah untuk menjadi pemangkin kepada lebih banyak virus-virus memasuki komputer. Boleh juga dikatakan membuat ‘lubang’ atau ‘jalan’ pada komputer atau laptop. Konsep Trojan horse yang diaplikasi dari sejarah Troy.

Mengikut kajian oleh Google, kira-kira 11000 domain menyediakan platform membuat Fake Antivirus dan 50% darinya disebarkan terus melalui medium internet.

Fake Antivirus mudah menyerang sistem operasi komputer seperti Windows dan baru-baru ini, ia juga menyerang pengguna-pengguna Mac OS.

Bagaimana untuk mengetahui diserang Fake Antivirus ini?

Caranya mudah sahaja. Apabila anda menggunakan internet seperti biasa dan kerap-kali memuat turun aplikasi, lagu, video dan data di internet, satu program tiba-tiba muncul dan akan scan komputer dengan serta-merta.

Selepas scan, program tersebut akan memberitahu dan menakutkan anda dengan memberitahu dijangkiti oleh virus dan meminta untuk memuat turun program tersebut dalam versi penuh. Program tersebut adalah Fake Antivirus dan sedang merebak pada sistem komputer.

Jangan lakukan apa-apa. Jika mempunyai antivirus pada komputer seperti Avira, McAfee, Kaspersky dan sebagainya. Antivirus ini sudah mempunyai pengesan untuk membuang Fake Antivirus ini dari komputer. Windows Firewall juga perlu dihidupkan (on).

0 comments: