FB oh FB

24 Julai 2011

How to remove Facebook Chat Virus “hi. how are you?”
Share this page with your friends and family,if you care about them.
Sample Chat :

“hi. how are you?”
*If you reply , it will sent you :*
“Wanna laugh? :)
*If you reply again , it will sent you :*
“It is you on the video ?)) want to see?)”
*If you reply again , it will sent you the virus link*

The sample website :

Will my computer get infected once I clicked the link ?
No ! Unless you download some files from the link. (Currently they use drive-by method)

HOW TO FIX!
If your computer is infected and can’t access to Facebook , please refer to Method 1.

Method 1 :

Windows operating systems contain a file called ‘hosts’ that will force resolution of your domain name.

  1. Open the hosts file
    1. Go to the Start menu and choose Run. Type the following in the Run dialog box:Edit Host File
      1. For Windows NT and Windows 2000
        1. C:\winnt\system32\drivers\etc
      2. Windows XP, Windows Vista or Windows 7
        1. C:\Windows\System32\drivers\etc
    2. Click the OK button (This should open a window with several files in it.)
    3. Find the file called ‘hosts’ and double–click it. If prompted, specify that you would like to choose a program to open the file withfrom a list of programs.
      1. Choose ‘Notepad’ from the list of available programs.
  2. Edit and save the hosts file
    1. The contents of your hosts file should look something like this
    2. Find the line with the word facebook.com (example: “127.0.0.1 http://www.facebook.com” )
    3. Remove it.
    4. Close the hosts file and save it when prompted.

Method 2: [Source]

1.Start Task Manager
2.Kill these processes:
fbtre6.exe
mstre6.exe
Delete these registry values:
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”
HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating;
Method:
Launch the Registry Editor. Press the Start button and then click Run. Type in regedit into the Open: field. Then click on the OK button.
New window will be pop out and type regedit. click Ok
Find the virus file by following the below steps
HKEY_LOCAL_MACHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > Current Version > Run > ”systray”
To make sure before you delete, delete the value that consist “c:\windows\mstre6.exe” and press delete.
PERHATIAN: JANGAN SEWENANG-WENANGNYA DELETE FAIL YANG ANDA TAK PASTI. LAPTOP/PC ANDA MUNGKIN TAK DAPAT START KALAU TERSALAH DELETE
Warning : DO NOT SIMPLY DELETE! YOU COMPUTER MAY NOT ABLE TO BOOT UP.
3 Delete these files:
C:\\Windows\\fbtre6.exe
C:\\Windows\\fmark2.dat
Still don’t understand how to use regedit?

More Info :
Clean your startup (msconfig), use ccleaner.
Run your virus scanner to make sure that the virus on your PC is removed.

If your account has been taken over and used to send spam, you should follow these steps immediately:

  • Reset your Facebook password. You can do this by clicking the “Forgot your password?” link on the login page or by going to the Account Settings page once logged in.
  • If you can’t reset your password because the email address you use to log in has changed, or if your account has been disabled, visit our help page.
  • Make sure you have up-to-date security software on your computer, run a scan, and remove any malicious files. If you don’t do this, and your computer is infected, your account may be taken over again. If you don’t yet have protection for your computer, you can download a complimentary six-month subscription of McAfee security software. Learn more on the Software tab.

Download :
CCleaner: http://www.piriform.com/ccleaner/download
Use this to clean up unneeded files (TEMP files, cookies, etc)

Malwarebytes: http://www.malwarebytes.org/mbam.php
This is a great anti malware software update then scan your PC one time a week at least.

SuperaAntiSpyware: http://www.superantispyware.com/download.html
This is an anti spyware software use this after MB once a week also.

How about use Anti-virus/malware to remove?
The virus/worm is now FUD. It need sometime for the antivirus company to update the definition to detect it.

FYI : The person who make this virus/worm also can make a new (FUD) virus files that can’t be detected.


CQ40

23 Julai 2011

NOTEBOOK COMPAQ CQ40 BLINKING CODE

Minggu lepas banyak notebook model CQ40 masuk wad dan rata-rata terdiri dari kumpulan AMD dan ATI chipset. Masalah no display dan blinking pada "caps lock" dan "num lock". Sila lihat gambar di bawah.


virus2

21 Julai 2011
Virus Terbaru Di Facebook

Assalamualaikum...
Ade lagi citer sal virus....

Aku ingatkan betul2 mereka2 nak belajar omputeh..haha
Tiba2 how r u?
Aku cakap sakit ke budak ni tiba2 nak ajak berspeaking....

Aku pernah terlayan.....
Tapi aku rasa aku takde terklik mana2 link lagi...

Tapi kalau ade aku tiba2 nak speaking dengan korang tu...
Maknaya bukan aku la tu...



Bagi yan belum tahu lagi....
FB sekarang ada virus baru yang tengah menular2...
Kalau korang tengok tiba2 kawan2 korang chat tanya how are you ke aper ker..jangan layan..Abaikan jer...

Sebab kalau korang layan..diorang akan balas dan balas...sampai bagi link..
Kalau korang klik...
Korang tak boleh nak log in FB..

tu jer kot yang aku tahu...
Sama2 la kita hati2 k :)


Sumber http://www.nizamijam.com/2011/07/virus-terbaru-di-facebook.html#ixzz1SffBXKTT
Under Creative Commons License: Attribution

vote this...

and klik 'HEART THIS PICTURE'

Voting closes 21st July midnight....Jom ramai2 undi MUHAMMAD DANISH NAUFAL sokongan anda kami hargai mekasih..



TQ for vote.....

nasihat

20 Julai 2011
** disini saya ada pesanan dan nasihat kepada kawan-kawan saya yang menggunakan netbook atau notebook....

1- Anda perlu sentiasa memeriksa CPU Fan. Pastikan kipasnya sentiasa berputar seperti biasa.
2- Periksa tahap kepanasan selepas 1 jam penggunaan. Pastikan tahap kepanasan sentiasa stabil.
3- Jangan meletakkan laptop anda di tempat yang boleh menutup laluan / hembusan udara seperti di atas tilam, sofa, bantal atau sebagainya.
4- Gunakan Cooling Fan sebagai sokongan dan secara automatiknya laptop anda akan berada dalam jarak yang yang tidak terlalu dekat dengat meja.
5- Setelah waranti dari kilang tamat, hantar laptop anda untuk di servis secara berkala ( setahun sekali )
6- Jangan cuba untuk meng'upgrade'kan laptop anda kerana laptop anda mungkin tidak sesuai dan ini juga antara punca kerosakkan.

Apa Itu Memori (RAM)

17 Julai 2011

Hari ini kita akan bincangkan mengenai memori komputer atau pun selalu di sebut RAM (Random Access Memory). RAM merupakan perkakasan (hardware) komputer terpenting berfungsi sebagai tempatpenyimpanan data sementara dan lebih laju tahap kecekapan penyimpanan data daripada cakera keras (hard disk).Simpanan data di dalam RAM adalah tidak kekal dan akan terpadam apabila komputer dimatikan.Jumlah simpanan diukur dalam Mb contohnya 125Mb,246 Mb dan 1Gb.

ram.jpg

Memori (RAM)

ram_slot.jpg

Slot untuk RAM

Terdapat 2 jenis RAM iaitu :

1. Dynamic RAM ( DRAM)

DRAM merupakan jenis terbaru berbanding SRAM.DRAM perlu litar segar semula (refresh) beratus-ratus kali setiap saat.Menyimpan setiap bit data dalam yang kapasitor berbeza pada litar komputer.Harga DRAM adalah lebih murah berbanding SRAM.

2. Static RAM (SRAM)

SRAMmerupakan jenis yang lebih laju pemprosesannya berbanding DRAM menggunakan flip-flop get.Harganya lebih mahal berbanding DRAM kerana tahap kecekapannya yang lebih.Tidak perlu litar segar semula (refresh) menyebabkan tahap pemprosesan lebih pantas.

SDRAM (Synchronous Dynamic Random Access Memory) merupakan memori komputer dinamik selalu digunakan dalam tahun 1996-2003.Mempunyai litar yang serentak (synchronous) iaitu ia menunggu untuk isyarat jam (clock signal) sebelum bertindak balas terhadap input kawalan.

sdram.jpg

Selalunya di gunakan oleh processor Intel Pentium Pro/Pentium MMX,Pentium II.Menggunakan 100Mh untuk Pentium III dan AMD Athlon/Duron.SDRAM banyak digunakan hari ini seperti DDR SDRAM,DDR2 SDRAM dan DDR3 SDRAM.

Mengenal Hard Disk

Salam sejahtera semua,

Apa kabar korang semua hari ni?Harap-harap sihat la no.Kalau tak sihat jangan lupa makan ubat tak pun jumpa doktor ke (cam doktor la pulak ye saya ni icon_smile.gif).Ok lah, tak nak mengarut lebih-lebih.Let’s read.

Kali ni mood saya nak berkongsi maklumat tentang hard disk pulak.Atau dalam Bahasa Melayu di panggilcakera keras.Kepada pengguna komputer sudah semestinya kita sedia maklum dan pernah lihat camna rupanya hard disk tu.Kalau tak tahu atau tak pernah lihat,bukak chasing komputer.Tengok-tengok k.Macam-macam jenis hard disk yang ada di pasaran hari ini.Contohnya external hard disk yang boleh di bawa ke mana-mana dan hard disk yang duk melekat kat komputer kita tu.

Hard Disk boleh menyimpan lebih data berbanding floppy disk.Simpanan data bagi floppy disk adalah 1.4 Mb tetapi hard disk boleh menimpan 10 -1000 Gb!.Besar tu!.Simpanan data bagi hard disk adalahtetap.Jika anda save sesuatu fail dalam komputer,contohnya Microsoft Word fail tersebut akan disimpan dalam hard disk anda.

Mengikut sumber dari wikipedia.org,terdapat lebih kurang 200 pengeluar hard disk di dunia.Ke semua pengeluar hard disk ini akan bersaing sesama sendiri mengeluarkan hard disk yang mempunyai tahap kelajuan tinggi,pemprosesan data yang cekap dan saiz yang optimum untuk memudahkan pengguna komputer.Antara pengeluar hard yang disenaikan adalah:

  1. Seagate
  2. Western Digital
  3. Samsung
  4. Toshiba
  5. Fujitsu
  6. Hitachi
  7. ExcelStor

Kebanyakkan IDE hard disk berputar pada kadar 5,400, 7,200, or 10,000 RPM dan 15,000 RPM.

Di bawah ini saya sertakan gambaran hard disk

hdinards.gif

Gambaran Hard Disk (sumber oleh DUX Computer Digest)

Video Hard Disk Berfungsi

Untuk menjaga hard disk anda daripada kerosakan atau ‘gangguan’ sepert fail yang corrupt ataupun rosak akibat virus atau worm anda perlulah melakukan proses defragment dan scandisk.Pastikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali anda scan hard disk anda untuk membuang semua virus,worm atau spyware yang telah ‘menjangkiti’ hard disk dan komputer anda.

Jika tidak anda perlu memformat kembali hard disk anda dan cadangan saya anda mendapatkan panduan memformat komputer/hard disk anda di sini jika anda tidak tahu cara memformat komputer.Mudah dan tersusun.

4 Kebaikan Membeli Komputer Terpakai

komputer-terpakaiSalam sejahtera pembaca budiman,

Tiada yang baru, maka tiada yang lama. Walaupun lama, selagi masih boleh digunakan jangan membazir. Begitu juga halnya dengan komputer. Kepada mereka yang ingin membeli komputer, model komputer terpakai mungkin boleh dijadikan pilihan.

Jadi, kenapa memilih komputer terpakai?

  1. Harga murah. Setiap pembelian pasti harga menjadi keutamaan. Sama seperti komputer terpakai. Harganya lebih murah berbanding yang baru kerana komponen dan program yang lama. Walaupun lama tetapi masih boleh digunakan.
  2. Jimat. Biasanya komputer terpakai dijual dengan pakej. Satu pakej termasuk CPU, monitor, keyboard dan mouse. Tidak perlu membeli satu demi satu.
  3. Tiada perbezaan ketara dengan komputer baru. Contoh paling mudah, jika membeli komputer yang digunakan oleh makmal sekolah atau universiti. Beza teknologi cuma 2 hingga 3 tahun. Jika membeli untuk rumah, ia masih boleh dikatakan berbaloi kerana seperti saya, komputer masih boleh digunakan selama mungkin selagi mampu.
  4. Selamatkan bumi dari lambakan komputer di pasaran. Go green!

Mudahnya, kenapa masih membeli komputer baru jika masih boleh berjimat sehingga 80%. Wang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Jadilah pembeli bijak. Secara peribadi, jika ingin membeli satu lagi komputer, sudah pasti saya akan mencari komputer terpakai.

Perbezaan Windows 7 Ultimate, Professional dan Home

Windows 7 adalah versi terbaru sistem operasi dari Microsoft selepas Windows Vista. Ciri-ciri terbaru ditambah pada Windows 7 menjadikan ia lebih praktikal dan menarik. Paling ketara adalah grafik yang mesra pengguna. Mudah dan lebih ceria.

Terdapat 3 kategori Windows 7 yang dihasilkan. Setiap kategori mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu:

1. Windows 7 Ultimate – mempunyai semua applikasi, program lengkap sebagai satu sistem operasi Windows 7. Harga paling mahal kerana spesifikasi tinggi. Selalunya dijual kepada syarikat besar dalam lesen Enterprise dan juga kepada advanced user.

- AppLocker
- BitLocker Drive Encryption
- BranchCache Distributed Cache
- DirectAccess
- Multilingual User Interface Pack
- Virtual Hard Disk Booting

2. Windows 7 Professional – Mempunyai sebahagian applikasi penting. Kategori sederhana. Harga sederhana. Target pasaran untuk kegunaan syarikat.

- Windows Server Domain
- Remote Desktop Server
- Location aware printing
- Encryption
- Presentation

3. Windows 7 Home Premium – Mempunyai spesifikasi asas untuk menjalan sistem operasi Windows 7. Harga paling murah. Target pengguna biasa dan harian.

-Full Windows Aero
- Home Group (create and join)
- Multi-Touch
- Premium Games
- Media Center

Diagram di bawah menerangkan lebih terperinci perbandingan ketiga-tiga kategori Windows 7

Masalah Wireless Network Connection Win XP

Selain sambungan internet menggunakan Local Area Connection (LAN), alternative lain yang lebih mudah adalah menggunakan Wireless Network Connection. Perbezaan utama antara dua model ini adalah jenis sambungannya. LAN menggunakan kabel rangkaian secara fizikal tetapi Wireless menggunakan sambungan tanpa wayar.

Dari segi capaian kelajuan internet, LAN lebih stabil berbanding Wireless. Tetapi dari segi mudah alih dan senang di bawa ke mana-mana, wireless lebih mendapat pilihan.

Masalah Wireless Tiada Sambungan Internet

Jika mempunyai Wireless Router di rumah, sudah tentu kita mahu menggunakan sambungan wireless. Namun, ada ketika ia mendatangkan masalah. Paling utama adalah tiada sambungan.

Ada dua sebab utama:

  • Wireless connection pada notebook atau PC tidak diaktifkan. Sesetengah notebook baru didatangkan dengan button touch pad untuk aktifkan wireless. Ada juga seperti suis tetapi tujuannya adalah sama, untuk aktifkan fungsi wireless pada notebook. Cuma tekan atau suis on sahaja kemudian icon wireless akan terpapar pada toolbar.
  • Wireless Network Adapater dalam keadaan disable. Jika anda pengguna Windows XP, cara untuk aktifkan (enable) Wireless Network Adapter adalah:
  1. Klik pada Start kemudian klik kanan pada My Computer.
  2. Kemudian klik pada Properties -> Hardware ->Device Manager. Sistem akan paparkan senarai hardware yang terdapat pada notebook/komputer anda.
  3. Cari Network Adapters kemudian klik pada icon +
  4. Untuk mengetahui Wireless Network Adapater yang anda gunakan, cuba cari senarai adapters yang mempunyai nama ‘Wireless’, contohnya Intel(R) Pro/Wireless 2200BG Network Connection.
  5. Jika terdapat tanda pangkah merah pada nama adapter tersebut, bermaksud wireless adapter anda dalam keadaan disable. Anda perlu enable semula.

Caranya, klik kanan pada nama Wireless tersebut dan pilih enable. Kemudian cuba semula sambungan wireless anda.

Anda pernah mengalami masalah sambungan wireless?

Bahaya Fake Antivirus Kepada Sistem Komputer

Fake Antivirus adalah satu aplikasi yang serupa dengan antivirus tetapi adalah program tipu atau tiruan. Ianya satu program yang dicipta menyerupai 100% antivirus yang kelihatan boleh scan, mengesan dan membuang virus.

Ia juga dikenali dengan Scareware atau Rogue Security Software.

Fake Antivirus = Trojan

Paling utama, ia bukan antivirus tetapi virus. Tujuan utama memasuki sistem komputer adalah untuk menjadi pemangkin kepada lebih banyak virus-virus memasuki komputer. Boleh juga dikatakan membuat ‘lubang’ atau ‘jalan’ pada komputer atau laptop. Konsep Trojan horse yang diaplikasi dari sejarah Troy.

Mengikut kajian oleh Google, kira-kira 11000 domain menyediakan platform membuat Fake Antivirus dan 50% darinya disebarkan terus melalui medium internet.

Fake Antivirus mudah menyerang sistem operasi komputer seperti Windows dan baru-baru ini, ia juga menyerang pengguna-pengguna Mac OS.

Bagaimana untuk mengetahui diserang Fake Antivirus ini?

Caranya mudah sahaja. Apabila anda menggunakan internet seperti biasa dan kerap-kali memuat turun aplikasi, lagu, video dan data di internet, satu program tiba-tiba muncul dan akan scan komputer dengan serta-merta.

Selepas scan, program tersebut akan memberitahu dan menakutkan anda dengan memberitahu dijangkiti oleh virus dan meminta untuk memuat turun program tersebut dalam versi penuh. Program tersebut adalah Fake Antivirus dan sedang merebak pada sistem komputer.

Jangan lakukan apa-apa. Jika mempunyai antivirus pada komputer seperti Avira, McAfee, Kaspersky dan sebagainya. Antivirus ini sudah mempunyai pengesan untuk membuang Fake Antivirus ini dari komputer. Windows Firewall juga perlu dihidupkan (on).

Pakcik Depan Sogo Part 2

13 Julai 2011

Pakcik di Depan Sogo Part 1

maaf yer.....

**maaf yer bagi sesiapa yang

membaca yer…..saya hanya nak

minta anda berfikir sahaja…..

jangan rasa apa-apa yer…..

**think ++….

Al Fatihah?

Kejam dan zalim itu lah yang akan terpancul dari mulut rakyat Malaysia yang menyaksikan video diatas. memang menyedihkan apabila seorang yang sedang Nazak dan akhirnya menemui ajal diperlakukan begitu Biadap oleh Pihak Polis tampa memberi apa apa bantuan kecemasan kepada mangsa yang sedang meraung kesakitan.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Itu kata mereka Blogg Blogg dan Media Pakatan Pembangkang sejak pada petang Sabtu sehinggalah ke hari ini. Mereka menyasarkan Video diatas dan Gambar gambar yang menunjukkan seolah olah Arwah Mati Shahid sewaktu Demo Bersih.
Video di atas dan Gambar gambar yang dikeluarkan memberikan kesan simpati kepada para penyokong Pakatan Pembangkang dan ianya juga berjaya menghasut rakyat Malaysia. Sentimen dan emelen sebegini memang menyentuh perasaan setiap insan yang menyaksikannya.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Gomo Simpati? Kasihan? Mari kita dedahkan KONSPIRASI TERANCANG yang mereka Pemimpin Pakatan Pembangkang dan Media mereka lakukan dalam menghasut Rakyat Malaysia.
Untuk makluman Lelaki didalam Video di atas merupakan seorang lelaki yang agak kurang waras orangnya. Nama lelaki tersebut Suhardi Mohd yang sekarang ini menetap di Bangi. Beliau merupakan seorang Broker tanah yang juga mempunyai Dua orang isteri.Suhardi Mohd juga merupakan bekas pengikut Al Arqam.


Hebat Lakonan Sebelum Kematian
Memaparkan Si Mati Bersama Si Kafir
tanda Pakatan Rakyat yang Utuh

BAGAIMANA KONSPIRASI BERMULA

Suhardi Mohd telah dipilih oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang untuk melakonkan watak seorang lelaki yang akan Mati sewaktu demo Bersih yang berlangsung. Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat tidak kira sama ada demo yang berjalan pada 9 Julai lalu berjaya ataupun tidak namun kepimpinan Pakatan Pembangkang inginkan Lakonan Kematian berlaku walau apa cara sekalipun.

KRONOLOGI


Lakonan Suhardi Menjadi Imam

Hebat Lakonan Suhardi

Lihat Gambar Gambar di atas bagaimana Gambar Suhardi Mohd telah diambil lebih awal dan ianya ditunjukkan didalam pelbagai aksi seolah olah beliau menunjukkan tanda sebelum ajalnya.
Rakaman Video pula menunjukkan bagaimana Suhardi Mohd mengelupur ketika digari pihak Polis dan dalam masa yang sama beberapa orang berada disekitarnya mengucap Kalimah Syahadah.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

KENAPA SUHARDI MOHD DI TANGKAP POLIS?

Suhardi Mohd sebenarnya memang sengaja untuk pihak polis menangkap beliau kerana telah dirancang akan penangkapan itu. Untuk makluman Pihak Polis yang berada di sekitar demo tidak akan mengkap para pendemo yang tidak mencetuskan kekecohan namun akan menangkap mereka yang mencetuskan Provokasi.
Oleh itu Suhardi Mohd mencetuskan beberapa Kekecohan sehingga mencabar pihak Polis menangkap beliau. Dan akhirnya pihak Polis yang berang telah mengejar dan menangkap beliau dan waktu itulah adengan lakonan mati bermula.
Beliau Suhardi Mohd bertindak pengsan agar di lihat oleh semua yang ada di situ beliau telah mati. Pihak Polis kemudiannya membawa Suhardi Mohd ke Hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut memandangkan Suhardi Mohd masih lagi tidak sedarkan diri.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Sejurus sampai di Hospital Suhardi Mohd telah bangkit dari lakonan pengsannya dan bertindak cuba keluar dari Hospital namun telah di tahan oleh pihak Hospital dan Polis. Dan waktu ini lah segala galanya terbongkar.
Suhardi Mohd sebenarnya telah diarahkan bersembunyi oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang bagi memberi peluang kepada media mereka memainkan isu Kematian yang kebetulan pada 9 Julai lalu seorang lelaki benar benar telah meninggal dunia disekitar KLCC.
Maka sebab itulah pada sebelah petang membawa ke semalam tak putus putus mereka Media pakatan Pembangkang memainkan Gambar Suhardi Mohd dengan pelbagai cerita. Video Suhardi Mohd yang pura pura mati disebarkan diseluruh medium sama ada Blogg, Facebook dan lain lain lagi.
Pada Mereka Pakatan Pembangkang Ianya Membawa Keuntungan Dalam Lakonan Palsu Kematian Suhardi Mohd ini.
Suhardi Mohd kini sedang diancam nyawa nya kerana bertindak bercerita bahawa beliau sengaja melakonkan watak mati tersebut. Suhardi Mohd yang kini masih menetap di Bangi difahamkan juga telah memberikan kerjasama kepada pihak Polis.
Oleh sebab itu lewat malam tadi berderet deret Blogg Blogg dan media Pakatan pembangkang mengeluarkan Artikel Ralat yang menyatakan bahawa gambar Suhardi Mohd bukanlah Gambar Arwah Baharudin yang sebenarnya meninggal dunia.
Agenda mereka dalam menghasut rakyat telah pun berjaya.

Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

WATAK WATAK LAIN DALAM KONSPIRASI!

Gambar diatas merupakan gambar Suhardi Mohd yang sedang Berlutut memohon Doa sambil seorang lelaki memgang Pembesar Suara.Gambar ini dimainkan didalam Media Pakatan pembangkang yang menunjukkan Kononya petanda Arwah akan meninggal dunia. Gambar ini memberikan simpati kepada arwah dan juga Pakatan Pembangkang.Malah mereka media Pembangkang menyatakan lelaki yang memegang pembesar suara adalah seorang Lelaki Tionghua

Ini lah lelaki yang memegang Pembesar suara didalam gambar diatas tadi, Ketua Penerangan AMK Pusat Rozan Azean Mat. Penerangan yang mana mempunyai kaitan yang amat rapat dengan para Media pakatan pembangkang.

Topeng Perak @ Unmasked dilabelkan di Video yang telah disebarkan kepada Rakyat Malaysia bagi meraih simpati dan menghasut rakyat mempercayai bahawa pihak Polis telah melakukan kekejaman ke atas si Mati sepertimana yang ditunjukkan di dalam Video di atas tadi.

Topeng Perak @ Poji Blogger Pembangkang yang memang cukup dikenali dalam dunia Media baru dalam Malaysia. Blogger yang dikaitkan dengan Hussam Musa ini yang mana mendapatperuntukkan RM2 Juta pada tahun lepas bagi menggerakan Media Baru buat Pakatan pembangkang setelah menggantikan Blogger Kickdeffela.
Topeng Perak @ Kru nya berada disaat saat Arwah menghembuskan nafas nya yang terakhir dan ini bukanlah satu kebetulan kerana Konspirasi telah di rancang dan atas sebab itu hanya Beliau dan Kru nya sahaja yang berjaya merakam video tersebut. Oleh sebab itu Video tersebut di labelkan dengan nama beliau dan bukan dengan nama lain.
Apa yang Gomo sampaikan ini adalah kebenaran yang wajar buat Rakyat Malaysia ketahui, artikel semalam juga Gomo telah nyatakan bagaimana mereka Pakatan pembangkang memang sengaja tidak menyediakan Pasukan Perubatan bagi memastikan Kecederaan ataupun kematian berlaku bagi memberikan mereka keuntungan dalam Demo yang diadakan.


Blogg KONSPIRASI Pakatan Pembangkang

Sekarang ini masih ada lagi media media Pakatan pembangkang yang memainkan sentimenLakonan Palsu kematian Suhardi Mohd. Lihat gambar diatas yang mana gambar gambar di pengkebumian Arwah Baharuddin mangsa yang mati akibat sakit jantung. Diakhir gambar gambar tersebut diletakkan gambar Suhardi Mohd yang sedang memohon Doa walhalkan mereka sendiri tahu yang dikebumikan adalah orang lain dan yang memohon doa adalah orang lain.
Itulah sentimen yang mereka bawa dalam menghasut Rakyat Malaysia dan itulah juga buktiKonspirasi yang mereka rancang bagi menghasut Rakyat. Ini lah dia Pakatan Pembangkang yang sebenar, hebat dalam melakukan Konspirasi.
Semoga segala yang Gomo dedahkan memberi satu maanfaat berguna buat Rakyat Malaysia agar berhati hati dengan mereka Pakatan Pembangkang ini. Jangan hanya kerana RM200 yang di sogok kita menjadi Pencacai kepada mereka.


Gambar Sebenar Arwah Baharuddin Yang pada waktu gambar ini dirakam beliau masih lagi belum meninggal dunia dan sedang mendapat rawatan dari Anggota Polis serta Pegawai Perubatan Kerajaan Malaysia.
KENAPA GAMBAR SEBENAR TIDAK DI KELUARKAN
MEDIA PAKATAN PEMBANGKANG?