Rambut

20 Mac 2011

"Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain" Itulah ungkapan yang selalu kita dengar dlam kehidupan ini. Tetapi sebenarnya ada tafsiran tersendiri dalam mengenali seseorang itu melalui rambutnya sahaja. Benar atau tidak itu aku pun tidak tahu.

*Rambut lurus - Seseorang yang riang, bijak, bergaya, cemburu dan pandai menguruskan sesuatu tanpa pertolongan dari mana-mana sumber.

*Rambut kerinting tebal - Seorang yang kurag bijak , degil, perasaan cemburu yang kuat, mudah bergaul, tidak suka termenung, dan susah dalam menyelesaikan masalah sendiri.

*Rambut kerinting negro - seorang yang bijak, ego, ada perasaan cemburu buta, memilih dan mudah mengamuk apabila menghadapi situasi yang sukar.

*Rambut ikal mayang - Dia seorang yang bijak,menggunakan akal yang waras sebelum melakukan sesuatu tindakan, berfikiran positif, suka bergaul dan pemaaf.

*Rambut halus / lembut - sangat bijak, memilih, manja, tegas dalam membuat keputusan dan seorang yang lipas kudung, membuat kerja dengan bersungguh-sungguh.

*Rambut sikit - bijak, berfikiran negatif terhadap seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun secara kecil-kecilan.

*Rambut perang - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, suka bersosial dan pandai melarikan dari segala permasalahan yang melanda.

*Rambut tebal - bijak, degil, cemburu, romantik, kasar sikapnya, ada ramai kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

*Rambut kusut - merupakan seorang yang sangat bijak, berfikiran terbuka, memiliki ramai kawan, garang, susah untuk memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu hal tanpa perlukan pertolongan.

*Rambut beruban - kurang bijak, banyak menghabiskan masa dengan termenung, tidak gemar bersosial, berfikiran terbuka dan pandai menyelesaikan masalah sendiri.

Segala yang tertulis di atas tidak semestinya benar. Jangan terlalu taksub dengan pernyataan tersebut.

0 comments: