Assalamualaikum.. Hari ini, 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100 tahun. Tema Hari Wanita Sedunia untuk Tahun 2010 ialah "Equal Rights, Equal Opportunities : Progress for All". Begitu juga pada tahun 2011 iaitu "Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi : Laluan kerjaya terpuji untuk wanita".
Sejarah dan Asal-usul Bagaimana Wujudnya Hari Wanita Sedunia?
Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan? Sedangkan tiada hari khas untuk lelaki. Ia sebenarnya adalah simbolik kepada kejayaan wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan, dan kemajuan dalam kehidupan mereka.
Tanggal 8 Mac 1857 iaitu 153 tahun yang lalu, satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarikh ini sebagai Hari Sambutan Wanita Sedunia. Pada tahun 1975 , Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mula mengiktiraf 8 Mac setiap tahun sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia. (sumber: Perutusan Wanita Sedunia).
PS : Selamat Hari Wanita Sedunia diucapkan buat semua kaum Hawa.
Allah berkata:"Ketika Aku mnciptakan seorg wanita, ia diharuskan utk menjadi seorang yg ISTIMEWA.Aku membuat bahunya cukup kuat utk menopang dunia; namun, harus cukup lembut utk memberikan kenyamanan.""Aku memberikanya kekuatan dr dalam utk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yg seringkali dtg dr anak-anaknya.""Aku memberinya kekerasan utk membuatnya tetap tegar ketika org-org lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.""Aku memberinya kepekaan utk mencintai anal-anaknya dlm setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat manyakiti hatinya.""Aku memberinya kekuatan utk mendukung suaminya dlm kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.""Aku memberinya kebijaksanaan utk mengetahui bahwa seorg suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatanya dan ketetapan hatinya utk berada disisi suaminya tanpa ragu.""Dan akhirnya ,Aku memberinya air mata utk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya utk digunakan bilapun ia perlukan.""Kecantikan seorg wanita bukanlah dr pakaian yg dikenakannya, susuk yg ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorg wanita harus dilihat dr matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana CINTA itu ada."
1 comments:
Salam Ziarah
Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia. Kasih sayang dan bakti yang dicurahkan tidak ternilai
Catat Ulasan