Suka coretan zahir-photography……

24 Oktober 2010

Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin berkongsi pendapat dan pengalaman saya sepanjang setahun jagung saya menceburkan diri dalam bidang fotografi ini. Ianya berkaitan dengan sikap ramai orang yang memiliki DSLR terutamanya level rendah seperti Nikon D3000, D40, D40x, D60, D5000, Canon 1000D dan sebagainya. Bagi saya DSLR adalah hampir sama jika digunakan oleh orang biasa kerana setiap DSLR mempunyai persamaan utama iaitu semuanya mengandungi Exposure Mode M, A, S dan P. Setting inilah yang bertanggungjawab dalam segalanya. Jadi jika semua DSLR ada setting ini tidakkah anda juga mampu menghasilkan gambar yang sama dengan DSLR lain? Jawapannya memang boleh, cuma jika orang yang dah mahir dan perlukan power lebih dari DSLR barulah mereka tahu limit DSLR level rendah berbanding level tinggi. Tapi di sini saya bercakap mengenai menghasilkan gambar yang superb dari DSLR dan gear murah dan saya tujukan post ini kepada beginner jadi saya assume anda semua masih tidak sampai limit DSLR anda mampu tawarkan.

Saya nak kongsikan inspirasi saya ketika shoot gambar sepanjang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pada 2009 lalu di Arena of Stars di Genting Highland. Ketika itu saya hanya berbekalkan kit DSLR paling murah n level rendah Nikon iaitu Nikon D40 dan kit lens AF-S 18-55mm f/3.5-5.6G. Dan saya shoot keseluruhan acara dengan hanya menggunakan DSLR dan kit lens itu. Sememangnya agak terasa apabila ramai photographer lain tengok dan pandang rendah ketika saya menggunakan DSLR itu kerana masing - masing adalah photographer dari agensi dan media dan mereka berbekalkan DSLR dan gear paling mahal. Sekurang - kurangnya masing - masing mempunyai 2 body kamera dan pelbagai jenis lens. Dan saya juga agak tertekan apabila shoot dalam gelap kerana pada waktu itu kebanyakan photographer menggunakan kamera Full Frame seperti Nikon D700, D3 dan Canon 1Ds MarkII atau MarkIII dan juga 5D.

Dan saya berjaya mengambil gambar yang saya kategorikan sebagai OK LA ... lebih baik dari tak dapat terus kan? Dalam keadaan gelap dengan hanya pentas yang bercahaya saya set kamera ke mode M kerana saya taknak kamera bertukar - tukar setting exposure kerana metering kamera akan tertipu dengan keadaan lighting yang agak ekstreme. Saya mahukan total control terhadap exposure. Dan saya hanya setkan exposure untuk cahaya pada kawasan pentas kerana di situ berlangsung segala aktiviti dan bukan pada tempat lain.

Cara saya setkan adalah saya tentukan dahulu shutter speed yang diperlukan kerana dalam keadaan kurang cahaya sebegitu adalah sangat kritikal kesan shutter speed yang diperlukan. Jika terlalu tinggi gambar objek bergerak akan sharp tetapi gambar akan gelap dan perlukan aperture besar dan ISO tinggi untuk dapat gambar yang cerah. Jadi saya perlu mencari nilai yang optimum supaya gambar artis yang sedang menyanyi dan menari dapat difreezekan dan kelihatan sharp tapi dalam masa yang sama juga tidak terlalu tinggi sehingga memerlukan ISO yang terlalu tinggi. Selepas ditry beberapa kali akhirnya saya dapat nilai shutter speed optimum iaitu antara 1/80 - 1/100saat. Jika terlalu rendah subjek yang bergerak akan blur. Faktor kedua yang saya setkan pada acara ini adalah aperture. Pada kali ini jarak pentas dari lokasi saya adalah agak jauh jadi Depth of Field agak luas dan tidak perlukan aperture yang kecil untuk sharpkan semua subjek dan background pentas. Satu lagi kelebihan menggunakan aperture besar adalah kerana lebih banyak cahaya dapat masuk dalam waktu yang ditetapkan dan seterusnya mengurangkan risiko gambar noise jika menggunakan ISO tinggi. Faktor ketiga adalah ISO. Saya setkan ISO supaya nilainya sesuai untuk hasilkan gambar yang elok kecerahannya dengan kombinasi shutter speed dan aperture yang digunakan. Tidak terlalu rendah sehingga gambar menjadi gelap tapi tidak terlalu tinggi sehingga gambar nampak berbintik dengan banyak (noise). Jadi semua combination 3 faktor ni dah cukup untuk menghasilkan gambar yang sharp.

Satu lagi pastikan anda berdiri dan memegang kamera dengan stabil untuk memastikan gambar sharp dan tiada kesan shaking. Jadi buat la macam manapun asalkan kamera tak bergoyang ketika anda shoot. Jika ada tiang atau tempat yang boleh menyokong anda pastikan anda gunakannya. Nampak ringkas sahaja tapi ia mampu menyelamatkan gambar anda dari blur :)

Satu la perkara yang ingin saya utarakan di sini adalah berkenaan penggunaan ISO.. Ramai dari kita yang diracuni dengan konsep takut menaikkan ISO kerana orang mengatakan gambar akan banyak noise. Tapi dalam keadaan ekstreme macam ni cuba anda fikirkan balik.. Mana lagi berbaloi? ISO tinggi gambar ada noise tapi sharp atau ISO rendah gamber takde noise tapi semuanya blur sebab shutter speed tak cukup tinggi? Renung2kan lah :) ... Lagipun ramai dari kita hanya print tak lebih dari 8x12 inci jadi ISO 1600 pada D90 atau ape2 pun masih tidak ketara pada kertas gambar. Jadi tepuk kamera tanya anda sendiri :)

Pandai2 la ye.. hehe.. yang penting mesti selalu try n error, be creative dan jangan sesekali putus asa :) Kuatkan semangat :)

Lahirkan yang terbaik dari DSLR dan gear anda :)

kalu nak taw lebih klik link dibawah ini….tq

http://www.zahir-photography.com/2010/10/edit-gunakan-kamera-dan-gear-yang-ada.html

0 comments: