Ini sangat penting!!
Assalamualaikum semua. Kali ini saya nak kongsikan sedikit berkenaan perkara – perkara asas yang perlu kita ketahui untuk mula menghasilkan gambar dengan DSLR. Sekarang ramai yang mempunya DSLR kerana ianya mampu dimiliki tapi tak ramai yang betul – betul faham dan mahir berkenaan perkara – perkara asas untuk menghasilkan gambar dari DSLR.
Baiklah, saya tak ingin bercakap banyak sangat berkenaan teknik dari sudut seni dan artistik tapi saya ingin jelaskan sedikit dari segi teknikal untuk menghasilkan gambar. Perkara asas yang sangat perlu dititikberatkan adalah tiga perkara iaitu Aperture, Shutter Speed dan ISO. Jika kita faham dan mahir berkenaan tiga perkara ni maka kita sudah mampu menghasilkan gambar yang kita mahukan mengikut kreativiti kita.
Aperture : Aperture adalah bukaan lens atau kanta. Bukaan ini bertanggungjawab untuk mengawal kuantiti cahaya yang masuk dalam kamera. Semakin besar bukaan (semakin besar aperture / semakin kecil nilai f) semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera. Semakin kecil bukaan (semakin kecil aperture / semakin besar nilai f) maka hanya sedikit cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera. Aperture juga bertanggungjawab untuk menghasilkan background (kawasan di belakang subjek yang difokus) dan foreground (kawasan di hadapan subjek yang difokus) blur. Semakin besar aperture (semakin kecil nilai f), semakin blur background dan foreground. Semakin kecil aperture (semakin besar nilai f), semakin sharp background dan foreground.
Contoh aperture (nilai f kecil) besar adalah antara f/1.2 – f/2.8, manakala aperture sederhana adalah antara f/4 – f/8 manakala aperture kecil (nilai f besar) adalah antara f/11 – f/32.
Untuk menghasilkan background blur dan foreground blur yang maksimum, aperture yang besar perlu digunakan contohnya antara f/1.2 – f/2.8. Jika aperture yang lebih kecil digunakan kadar background dan foreground blur akan berkurang dan semuanya akan kelihatan lebih sharp.
Dalam keadaan kurang cahaya, aperture besar perlu digunakan supaya lebih banyak cahaya dapat masuk ke dalam kamera supaya shutter speed tidak terlalu rendah untuk kamera mengumpul cahaya dalam masa yang lama untuk mengelakkan kesan blur pada gambar yang disebabkan oleh pergerakan subjek atau tangan yang shaking.
Shutter Speed : Shutter speed adalah jangkamasa shutter kamera dbuka untuk membenarkan cahaya sampai ke sensor untuk sensor mengumpul cahaya. Terdapat beberapa peranan shutter speed yang utama iaitu untuk mengawal jangkamasa sensor terdedah kepada cahaya (untuk menghasilkan gambar yang elok dari segi dedahan iaitu tidak terlalu cerah atau terlalu gelap). Semakin tingi shutter speed (semakin singkat masa dedahan), semakin sedikit cahaya dapat dikumpul. Semakin rendah shutter speed (semakin lama masa dedahan), semakin banyak cahaya dapat dikumpul. Ianya boleh diibaratkan baldi (sensor) untuk mengumpul air hujan (cahaya). Semakin lama terdedah kepada air hujan (cahaya), semakin banyak ar di dalam baldi (semakin banyak cahaya dikumpul di sensor dan semakin cerah gambar). Shutter speed yang tinggi juga boleh digunakan untuk membekukan (freeze) pergerakan, contohnya orang yang berjalan akan kelihatan terhenti dan sebagainya. Shutter speed yang rendah akan menyebabkan kesan blur apabila terdapat sebarang pergerakan sama ada pergerakan subjek atau shaking pada tangan semasa mengambil gambar.
Pada DSLR Nikon nilai shutter speed akan dipaparkan pada LCD. Jika nilai yang dipaparkan adalah xxxx maka nilainya adalah 1/xxxx saat. Jika nilainya adalah xx” maka nilainya adalah xx saat.
ISO : ISO adalah kemampuan sensor kamera untuk boost kekuatan signal dari sensor untuk menaikkan sensitiviti sensor terhadap cahaya. Semakin tinggi ISO semakin sensitif sensor itu terhadap cahaya dan seterusnya tidak memerlukan shutter speed yang rendah untuk menghasilkan gambar yang bagus dan seterusnya mengurangkan risiko gambar blur disebabkan shaking pketika mengambil gambar pada shutter speed rendah. Dari sudut positif ISO yang tinggi bagus digunakan ketika dalam keadaan kurang cahaya untuk menghasilkan gambar yang elok tanpa kesan blur. Namun dari sudut negatifnya penggunaan ISO yang tinggi akan menyebabkan kesan noise dalam gambar iaitu gambar kelihatan berbintik – bintik. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kualiti gambar. Jadi jika boleh pastikan penggunaan ISO yang serendah mungkin sesuai dengan keadaan semasa.
Jadi apakah hubungan antara ketiga – tiga pembolehubah (aperture, shutter speed & ISO) ini? :
Ketiga – tiganya memainkan peranan untuk menghasilkan gambar yang tepat dan elok dari segi dedahan iaitu tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Jika aperture yang digunakan adalah kecil iaitu bukaan cahaya yang kecil maka shutter speed yang lebih rendah akan digunakan untuk mengumpul cahaya supaya cukup untuk menghasilkan gambar yang elok. Jika kita tidak ingin mengubah shutter speed kepada lebih rendah maka kita boleh tambahkan ISO supaya lebih sensitive kepada cahaya. Begitulah kaitannya.
Jika anda mampu menguasai ketiga – tiganya insyaAllah anda dapat menghasikan gambar mengikut kreativiti anda. Harap – harap lepas ni tak ada lagi orang yang bertanyakan saya soalan yang sama berulang – ulang kali berkenaan perkara ini sebab dah berpuluh – puluh orang bertanyakan benda yang sama jadi saya agak tertekan sedangkan saya dah kongsikan pasal perkara ni dalam beberapa post lepas. Yang penting baca buku manual dulu. Sebenarnya dalam buku manual tu terangkan dengan lebih jelas dari penjelasan saya di sini. Cuma ramai yang malas dan tak nakbaca buku manual, katanya susah sebab bahasa Inggeris la apa la, saya pun dulu rujuk satu persatu dalam kamus semasa baca buku manual. Sebab bila kita bersusah payah mendapatkannya kita akan menghargainya dan akan lebih ingat.
Tips penting :
1) Baca buku manual!! Jangan malas nak baca, ramai tanya saya berkenaan benda ni tapi bila tanya ada yang jawab tak faham la ape la, cuba fahami sendiri, nanti banyak kali baca akan faham la. Satu lagi jangan baca je buku manual, pegang kamera sekali supaya boleh cuba terus ape yang buku manual tu terangkan. Baca buku manual.. Baca buku manual.. Baa buku manual.. Tu penting. Sebab kalau anda dah faham buku manual anda tak perlu dah tanye saya sebab dalam tu dah ada segalanya.
2) Cuba sendiri.. Apa salahnya anda cuba dulu sendiri. Ramai orang tak cuba lagi tapi terus tanya saya apa cara nak hasilkan gambar macam tu dan macam ni. Bila anda cuba sendiri makin lama anda akan dapat konsep asasnya. Kene yakin dengan diri sendiri.
3) Jangan sangka anda nak hasilkan gambar yang superb dengan beberapa kali ambik gambar. Betul. Ramai orang yang kecewa sebab terlalu menaruh harapan yang tingi untuk menghasilkan gambar yang superb. Kiranya setiap gambar yang diambil adalah bagus dan superb. Kalau anda nak tau saya lagi la teruk, dulu men ambik je gambar, tak kira la gambar tu gambar ape. Lama – lama baru saya tau sikit2 gambar macam mana yang bagus dan macam mana yang tak bagus, dan ape yang buat gambar tu adi bagus dan tak bagus. Tak ada orang ajar saya sebab memang tak ada orang nak ajar, semua buat – buat sombong sebab guna kamera mahal. Saya belaar sendiri jugak macam anda semua. Biasalah gambar – gambar awal tak bagus. Nanti bila lama – lama kita akan fine tune sendiri supaya gambar tu jadi superb. Saya start ambik gambar guna kamera compact dari tahun 2002. 8 tahun tu untuk jadi macam sekarang. Takkan la anda yang baru beli kamera baru beberapa bulan dah berharap nak hasilkan gambar macam saya. Saya pun sama macam anda masa baru beli kamera. Macam orang buta, merata2 cari ubat… Last2 jumpe satu persatu.. Yang penting jangan putus asa, memang dah jadi kelaziman gambar pada perngkat awal kurang menjadi… Lama – lama tengoklah nanti, memang confirm anda jadi superb dari saya dan photographer lain. Yang penting jangan putus asa dan yakin dengan diri sendiri.
4) Cuba cari dalam buku manual macam mana nak guna mode P, A, S dan M. Bila anda dah kuasai tu terutama A dan M, dan ditambah lagi dengan penggunaan Aperture, Shutter Speed dan ISO insyaAllah nanti sekejap je anda boleh hasilkan gambar yang bagus – bagus.
-Semua di dalam post dan dalam blog ini adalah pandangan saya dan tidak bertujuan untuk menyinggung mana - mana pihak, semoga semua mendapat faedah. :)
0 comments:
Catat Ulasan